Proses Audit Keselamatan dan Pekerjaan (AKKP) 2021 bermula dengan semakan dokumen oleh pasukan Auditor pada 24 Mac 2022 (Khamis). Seterusnya adalah pembentangan slaid oleh wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada 28 Mac 2022 (Isnin).
Kemuncaknya, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (KL) diaudit secara fizikal pada 29 Mac 2022 (Selasa) dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Abd Rahman Abdul Rahim dalam masa lebih kurang satu jam.
Penutup AKKP 2021 adalah pada 1 April 2021 (Jumaat) dengan pemakluman hasil dapatan audit oleh Auditor kepada kesemua PTJ yang diaudit.