Bengkel “Knowledge Management Expert” telah berlangsung secara hibrid pada 10 Mei 2022, Selasa di Bilik Seminar 1 dan 2, Aras 1, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah dan melalui medium Webex. Panel jemputan ialah Yang Berusaha Dr. Ghazali Mohamed Fadzil, Ahli Majlis, Persatuan Pustakawan Malaysia. Semua pustakawan Perpustakaan UTM telah hadir untuk menyertai bengkel ini.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan ke arah melahirkan Knowledge Management Expert dalam kalangan pustakawan Perpustakaan UTM. Tepat jam 9.00 pagi, Dr. Ghazali Mohamed Fadzil telah memulakan bengkel dengan memberikan pengenalan mengenai knowledge management dan knowledge management paradigm. Seterusnya panel berkongsi dengan para peserta untuk mengenal pasti knowledge management di organisasi melalui aspek seperti knowledge asset, jaringan rangkaian dan rakan kerjasama.

Pada sebelah petang, panel menerangkan mengenai tips untuk berjaya dalam knowledge management iaitu pembangunan knowledge management expert, knowledge management skills checklist, barriers and helpers to success dan building success stories. Semoga bengkel ini dapat membantu Perpustakaan UTM untuk mencipta kejayaan dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pengguna.

Share this :