Kursus ini telah diadakan pada 26 Mei 2022 secara dalam talian melalui medium webex dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi oleh Puan Radiah binti Mohd Alip, Penolong Pendaftar Kanan dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM.

Tujuan kursus ini diadakan alah untuk menerangkan setiap aktiviti dan proses yang berlaku di fakulti dalam skop penerbitan dan penyelidikan. Pendedahan ini diberikan sebagai persediaan kepada pustakawan yang bakal bertugas di fakulti sebagai Knowledge Management Officer (KMO). Struktur organisasi dan fungsi setiap unit di bawah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi di Fakulti Kejuruteraan turut dikongsikan secara terperinci untuk kefahaman semua peserta.

 

 

 

 

Share this :