Program ini telah diadakan pada 24 Ogos 2022 secara atas talian melalui medium Webex mulai jam 2.30 – 4.30 petang. Panel Penceramah bagi Siri Bicara Pengurusan ini ialah Timbalan Ketua Pustakawan (Perancangan & Pembangunan), Puan Zaleha binti Atan. Siri Bicara Pengurusan ini diadakan secara berkala setiap bulan dalam kalangan Pentadbir Jabatan Perpustakaan UTM. Program pada kali ini membincangkan fungsi dan skop tugas dibawah Bahagian Perancangan & Pembangunan.
Sesi dimulakan dengan penerangan carta organisasi dan carta fungsi Jabatan Perpustakaan UTM dan fokus diberikan kepada Bahagian Perancangan & Pembangunan. Selain itu, TKP(PP) juga menerangkan skop dan tugas-tugas dibawah Bahagian Perancangan & Pembangunan (PP).
Pembentangan berkaitan Unit Sumber Manusia adalah berkaitan kompetensi staf iaitu wajaran mata CPD, kalendar latihan dan pencapaian mata CPD staf sepanjang tahun 2021 dan Januari hingga Jun 2022. TKP(PP) turut membentangkan pengurusan kewangan yang terdiri daripada pengurusan aset alih, perolehan dan penarafan yang diberikan oleh Jabatan Bendahari terhadap Pengurusan Kewangan di Jabatan Perpustakaan UTM dan hasil audit Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang telah dijalankan di Jabatan Perpustakaan UTM.
Kursus ini dihadiri oleh semua staf Jabatan Perpustakaan UTM secara atas talian.