Program ini telah diadakan pada 26 Oktober 2022 secara dalam talian melalui medium webex, dari jam 3.00 – 4.00 petang. Program ini disertai oleh kesemua staf Perpustakaan UTM Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pagoh. Panel penceramah bagi Siri Bicara Pengurusan ini adalah Ketua Seksyen Automasi dan Seksyen Multimedia, Bahagian Automasi & Multimedia, Jabatan Perpustakaan UTM.

Siri bicara pengurusan kali ini, telah membincangkan perkara mengenai pembangunan sistem “open sources”, isu dan cabaran IT serta kolaborasi penyelidikan (Fakulti/CoE).

Ketua Seksyen Automasi dan Seksyen Multimedia, Encik Yusrul Hisham bin Mohd Yusof telah memulakan siri bicara pengurusan ini dengan penerangan berkaitan fungsi setiap unit di bawah Seksyen Automasi iaitu Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan, Unit Server & Rangkaian, Unit Sistem Aplikasi Perpustakaan manakala Seksyen Multimedia mempunyai Unit ICT Perpustakaan, Unit Pembangunan Multimedia & Grafik, serta Unit Pengurusan Multimedia.

Panel telah memberi perincian berkaitan pembangunan sistem User Profiling yang melibatkan semua pengguna Perpustakaan UTM. Sistem ini berkebolehan untuk memaparkan data trend peminjaman pengguna, demografi trafik web serta demografi personal. Selain itu, panel juga menerangkan tentang pembangunan sistem Shelf Directory yang berfungsi untuk memudahkan pengesanan lokasi buku di rak mengikut aras di setiap bangunan perpustakaan UTMJB dan UTMKL dan projek naik taraf CPU.

Panel turut memberi penerangan tentang pembangunan sistem UTMLenses iaitu sistem yang mengumpulkan semua dokumen bahan multimedia UTM. Sistem ini dapat diakses melalui web Virtual Gallery UTM. Sistem On Time pula adalah perkhidmatan yang disediakan untuk pembangunan montaj, jurukamera, bahan digital dan staf. Cabaran utama yang dihadapi oleh Seksyen Automasi adalah kekangan kemahiran IT, kewangan, penyelenggaraan sistem dan pertukaran teknologi.

Share this :