Pada 13 Mac 2023, Jabatan Perpustakaan UTM telah menganjurkan Sesi Townhall Pelan Tindakan 2023 enVision UTM 2025 secara langsung menerusi aplikasi dalam talian Cisco Webex.

Lima bahagian di bawah Jabatan Perpustakaan UTM telah berjaya membentangkan Pelan Tindakan 2023.  Setiap kumpulan diwakili oleh dua orang pembentang bagi membentangkan hasil perbincangan berkaitan Key High Impact Result (KEYHIR) dan High Impact Result (HIR). Program ini telah dihadiri oleh semua warga kerja Jabatan Perpustakaan UTM Johor Bahru, Pagoh dan Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan oleh Seksyen Pentadbiran & Korporat ini bertujuan untuk memberikan penerangan serta pendedahan yang lebih jelas kepada semua warga kerja Jabatan Perpustakaan UTM berkaitan gerak kerja serta pelan tindakan yang akan dilaksanakan bagi menyokong kejayaan enVision universiti sepanjang tahun 2023.

Semoga sesi ini dapat membakar semangat seluruh warga kerja di Jabatan Perpustakaan UTM agar lebih bermotivasi, kreatif dan proaktif demi menjayakan matlamat universiti.

Share this :