Jabatan Perpustakaan UTM telah menganjurkan Persidangan Pustakawan bagi tahun 2023 pada 12-14 Disember 2023 secara fizikal yang diadakan di Dewan Kayangan Suite @ Pulai Spring Resort pada 12 Disember 2023 manakala pada 13 & 14 Disember 2023 bertempat di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan Key Amal Indicator (KAI) Jabatan perpustakaan UTM bagi tahun 2024 iaitu untuk memenuhi KAI universiti dan Jabatan. Persidangan ini telah dihadiri oleh semua Pustakawan Jabatan Perpustakaan UTM.

Pada hari pertama persidangan, bertempat di Pulai Spring Resort, Pustakawan Jabatan Perpustakaan UTM diberikan pendedahan dengan sesi taklimat oleh beberapa panel jemputan yang diadakan secara hybrid dimana sesi taklimat oleh dua (2) panel jemputan secara dalam talian dan dua (2) panel jemputan yang hadir secara fizikal di Kayangan Suite, Pulai Spring Resort yang terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Nor Zairah binti Ab. Rahim dengan tajuk Unveiling the Next Chapter: AI’s Role in Crafting the Futuristic Library Experience, YBhg. Prof. Ts. Dr. Zaidatun binti Tasir dengan membawa tajuk Leadership Excellence in Cultivating Innovating Solutions for Library Advancement, YBrs. Prof Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib dengan tajuk Redefining Library Services to Ignite Graduate Student Success dan YBhg. Prof. Dr. Astuty binti Amrin dengan tajuk Fostering Librarians’ Leadership on Values and Ethics for Sustainable Futures. Persidangan Pustakawan ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Y.Bhg. Puan Nor Asikin binti Mohamad, Ketua Pustakawan Jabatan Perpustakaan UTM. Seterusnya beliau menyampaikan taklimat berkenaan dengan pelan tindakan dan hala tuju Jabatan Perpustakaan UTM menuju tahun 2024 selaras dengan keperluan universiti.

Pada hari kedua persidangan pula dimulakan dengan sesi taklimat oleh setiap Timbalan Ketua Pustakawan Jabatan Perpustakaan UTM. Sesi ini dimulakan oleh Puan Zaleha binti Atan, Timbalan Ketua Pustakawan (Automasi dan Multimedia), pengisian beliau merungkaikan tentang enVision UTM 2025: Jabatan Perpustakaan UTM. Sesi taklimat ini menerangkan berkenaan dengan perancangan pelan tindakan KAI Korporat JPUTM 2024 yang perlu dicapai oleh Jabatan Perpustakaan UTM. Seterusnya, sesi taklimat diteruskan oleh Puan Haslina binti Nasir, Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Perancangan & Pembangunan (BPP), Puan Khairul Bahiyah Yaakob, Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan, Puan Nik Masriza, Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan UTMKL, dan diakhiri oleh Cik Haslina binti Othman, Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Ilmu Pengetahuan Institusi (BIP). Persidangan diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan yang telah diagihkan kepada lima (5) kumpulan mengikut bahagian. Setiap kumpulan telah ditetapkan seorang fasilitator, seorang rapporteur dan seorang pembentang bagi membincangakan berkenaan dengan pelan tindakan tahun 2024 untuk setiap bahagian selaras dengan hala tuju dan keperluan universiti.

Pada hari ketiga persidangan, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan KAI Korporat bahagian masing- masing. Hasil pembentangan tersebut telah disatukan untuk dikemaskini dan dijadikan pelaporan pelan tindakan Jabatan Perpustakaan UTM Tahun 2024.

 

Share this :