Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) Johor Bahru telah berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada Malaysia Qualifications Agency (MQA) bersempena dengan Audit Pematuhan Pengekalan Status Swaakreditasi UTM 2023 pada 17 Januari 2024 (Rabu). Para delegasi Panel Auditor MQA terdiri daripada Profesor Dr. M. Iqbal Saripan dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Maniam Kaliannam selaku setiausaha, Panel Auditor MQA dari University of Nottingham Malaysia, dan juga dua (2) orang pegawai MQA.
Proses audit ini telah bermula pada 15 Januari 2024 di mana ia dilaksanakan di ketiga-tiga kampus UTM iaitu di Johor Bahru, Hub Pendidikan Tinggi Pagoh dan UTM Kuala Lumpur.
Seterusnya, delegasi panel Auditor MQA turut meluangkan masa untuk melawat ke bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UTM Johor Bahru di mana delegasi lawatan disambut mesra oleh Puan Nor Asikin Mohamad, Ketua Pustakawan Perpustakaan UTM dan diiringi oleh Puan Khairulbahiyah Yaakub, Timbalan Ketua Pustakawan (Perkhidmatan), Puan Haslina Nasir Timbalan Ketua Pustakawan (Pembangunan), Cik Haslina Othman, Timbalan Ketua Pustakawan (Ilmu Pengetahuan Institusi) dan juga Puan Zaleha Atan, Timbalan Ketua Pustakawan (Automasi & Multimedia). Sepanjang lawatan berlangsung, Panel Auditor MQA tidak melepaskan peluang dengan turut bertanya beberapa soalan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh JPUTM kepada para penggunanya.
Lawatan yang berlangsung ini meskipun singkat namun ia tetap meninggalkan impak kepada JPUTM di mana secara tidak langsung para delegasi lawatan dapat mengetahui peranan JPUTM yang besar dalam menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan juga akses kepada sumber-sumber penyelidikan yang luas serta sering menjadi tumpuan para penyelidik dalam mendapatkan maklumat bagi keperluan penyelidikan mereka.