6 Mac 2024, Rabu – Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Kuala Lumpur (PZSKL) telah menerima lawatan penilaian akreditasi untuk tiga (3) Program Diploma Kejuruteraan yang ditawarkan melalui Program Pengajian Separuh Masa UTMSPACE. Sesi tersebut dikendalikan oleh dua (2) orang Pustakawan Perantara UTMSPACE iaitu Puan Sarasyima Md Salleh dan Encik Mohd Zaidi Othman.

Empat (4) orang Juruaudit yang mewakili Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) telah hadir ke PSZKL iaitu, Ir. Ap. Dr Mohamad Shakri bin Mohmad Shariff, Ir. Dr Moey Lip Kean, Ir. Madya Dr Siti Fauziah binti Toha @ Tohara dan Ir. Nur Njawani binti Kamarulzaman.

Juruaudit meneliti koleksi rujukan dan kemudahan fasiliti yang ditawarkan kepada pelajar. Delegasi Auditor turut diiringi oleh Dr Siti Munira Jamil, Pengurus, Jabatan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran, SPACE UTM. Penilaian berakhir pada jam 12:15 tengah hari. Semoga sesi lawatan tapak ini dapat memberikan impak positif kepada keseluruhan sesi pengauditan Program Pengajian Separuh Masa UTMSPACE. Selamat maju jaya kami ucapkan. 

Share this :