Pada 2 November 2023Jabatan Perpustakaan UTM telah menganjurkan Sesi Townhall  pencapaian Suku Tahun Ketiga (Q3Pelan Tindakan 2023 enVision UTM 2025 Jabatan Perpustakaan UTM, secara langsung menerusi aplikasi dalam talian Cisco Webex.

Program ini bertujuan untuk perkongsian hasil pencapaian Suku Tahun Ketiga (Q3) perancangan KEYHIR & HIR  Bahagian/Seksyen yang terlibat di Jabatan bagi tahun 2023.

Terdapat tiga (3) bahagian di bawah Jabatan Perpustakaan UTM yang terlibat di dalam sesi pembentangan pencapaian Suku Tahun Ketiga (Q3Pelan Tindakan 2023 enVision UTM 2025.  Setiap kumpulan diwakili oleh seorang pembentang bagi membentangkan hasil pencapaian berkaitan Key High Impact Result (KEYHIR) dan High Impact Result (HIR). Program ini telah dihadiri oleh semua warga kerja Jabatan Perpustakaan UTM Johor Bahru, Pagoh dan Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan oleh Seksyen Pentadbiran & Korporat ini bertujuan untuk memberikan penerangan serta pendedahan terhadap pencapaian pada suku tahun ketiga  terhadap pelan tindakan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh berikut kepada semua warga kerja Jabatan Perpustakaan UTM bagi menyokong kejayaan enVision universiti sepanjang tahun 2023.

Semoga sesi ini dapat membakar semangat seluruh warga kerja di Jabatan Perpustakaan UTM agar lebih bermotivasi, kreatif dan proaktif demi menjayakan matlamat universiti.

Share this :