15 Mei 2024, Rabu – Program Radis Clinic Webinar: Publication Module telah diadakan secara atas talian melalui platform WEBEX bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Fasilitator terdiri daripada dua (2) orang Pustakawan Kanan, Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) iaitu Puan Norsyuhada Shafie dan Puan Nor Aishah P. Mosar. Program yang dilaksanakan lebih kurang dua (2) jam ini telah dihadiri lebih dari 400 orang peserta. Program ini bertujuan untuk memberikan panduan dan semakan bagi penerbitan RADIS (Research and Development Information System) serta penerbitan bahan bagi kenaikan pangkat.


Program ini dimulakan dengan perkongsian pemakluman berkaitan modul dalam RADIS yang terbahagi kepada dua (2) iaitu geran dan penerbitan. Justeru, program ini berfokus kepada modul penerbitan iaitu semakan dan pendaftaran. Puan Nor Aishah berkongsi slaid Research Publication Registration. Antara beberapa perkara yag perlu diambil serious iaitu :

A: Publication registration – Indexed, Non-Indexed & Others Publication
B: Identifying Journal IF and Quartile from Web of Science
C: Identifying Scopus and ERA indexed publication
D: Others publication.


Puan Norsyuhada meneruskan penerangan berkenaan dengan flow Insentif Claim dan kaedah pemohonan semakan bagi kenaikan pangkat. Terdapat banyak pertanyaan daripada staf akademik berdasarkan isu-isu yang timbul dan dijelaskan oleh fasilitator.


Sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada staf akademik terutamanya. JPUTM berharap agar maklumat yang diberikan ini dapat dijadikan rujukan kepada staf akademik khususnya berkaitan penerbitan di RADISdan sebagai salah satu perkhidmatan sokongan kepada penyelidik.

Share this :