10 Julai 2024, Rabu – Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) dengan sinergi bersama Sahabat Jariah Malaysia telah menyumbang sejumlah bahan bacaan kepada Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kechau 1, Lipis, Pahang. Sumbangan ini adalah untuk menyokong usaha sekolah tersebut dalam menjalankan program Kelas Chup Badui Sikulah (CBS). Kelas ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Orang Asli dapat menguasai kaedah 3 M (Membaca, Mengira dan Menulis). Murid Chup Badui Sikulah merupakan kelas khas yang mana murid -murid ini berumur diantara 7-12 tahun.


Sekolah seterusnya yang menerima sumbangan bahan bacaan dari Sahabat Jariah Malaysia adalah Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak, Lipis. Ia merupakan sekolah ketiga di daerah Lipis yang memperkenalkan modul Chup Badui Sikulah untuk murid-murid mereka dengan sasaran untuk meningkatkan tahap literasi murid-murid secara signifikan.


Melalui sinergi bersama ini, sebanyak 200 naskhah bahan bacaan dari pelbagai kategori telah disumbangkan untuk kedua-dua buah sekolah. Sumbangan ini bukan sahaja membantu memperbanyakkan jumlah koleksi bahan bacaan untuk perpustakaan sekolah masing-masing, tetapi juga untuk menyuntik semangat kepada para murid sekolah untuk lebih banyak membaca dan membuka minda mereka kepada dunia pembacaan yang lebih meluas.

Semoga dengan sumbangan ini dapat mengeratkan lagi jaringan kerjasama di antara JPUTM bersama Non-Governmental Organization (NGO) luar dalam menambahbaik kualiti kehidupan masyarakat luar terutamanya dari sudut akses kepada bahan bacaan yang banyak demi untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat umumnya dan pelajar sekolah khususnya.

Share this :