18 Disember 2024 (Rabu) – Perpustakaan UTM Kuala Lumpur berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada Syarikat Flextronics Technology (Penang) Sdn. Bhd. di mana seramai 24 orang pelajar separuh masa beserta dua orang pengiring telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti mereka di UTM KL yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 16 hingga 20 Disember 2024. Pustakawan yang mengendalikan lawatan ini adalah Puan Sarasyima Salleh.
Sepanjang sesi lawatan berlangsung, para peserta telah diberi pendedahan mengenai kemudahan dan fasiliti yang disediakan di perpustakaan bagi menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan di UTM. Di samping itu, mereka turut didedahkan dengan akses kepada sumber-sumber rujukan seperti buku, majalah dan sebagainya bagi menyokong keperluan pembelajaran mahasiswa.
Para pelawat turut dibawa melawat ke ruang-ruang eksklusif yang terdapat di perpustakaan seperti bilik karel, bilik perbincangan, AZKA-PPZ Corner dan lain-lain. Kesemua ruangan eksklusif ini boleh dimanfaatkan oleh para pengguna untuk belajar, menyiapkan tugasan atau menjalankan penyelidikan dengan selesa dan kondusif.
Diharapkan agar sesi lawatan ini memberikan impak yang positif kepada para pelawat di samping memberi gambaran jelas kepada mereka mengenai kepentingan perpustakaan sebagai pusat khazanah ilmu dan menggalakkan budaya pembelajaran yang kondusif.