Pada 28 Januari 2026, Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru dengan sinergi bersama Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Selatan telah melaksanakan program sumbangan buku kepada Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB), Pangsapuri Kenari, Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru.

Sebanyak 200 naskhah buku telah disumbangkan meliputi pelbagai kategori bacaan umum yang bersesuaian untuk komuniti setempat, termasuk kanak-kanak dan remaja. Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial dalam menyokong usaha memperkasakan budaya ilmu dan meningkatkan akses kepada bahan bacaan berkualiti dalam kalangan masyarakat.

Objektif utama sumbangan ini adalah untuk memperluas sumber rujukan dan bacaan kepada komuniti setempat serta memupuk minat membaca dalam kalangan penduduk sekitar. Diharapkan melalui sumbangan ini, Perpustakaan Kontena BJB dapat berfungsi secara lebih aktif sebagai pusat pembelajaran komuniti dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berdaya saing.

Share this :
UTM Open Day