Seksyen Arkib & Repositori (SAR), Bahagian Ilmu Pengetahuan Institusi (BIP) telah menerima lawatan kerja daripada BPO dan BPA seramai 6 orang staf yang terdiri daripada Pn. Norly binti Mazlan, En. Mohamad Radzi bin Abdul Razak, En. Haironizam bin Mohamad dan En. Zairi bin Abidain (staf BPO) serta Pn. Norhafizah binti Mohd. Hanafiah dan Pn. Nor Qamariah binti Othman (staf BPA) pada 6 April 2026, (Isnin). Kehadiran pelawat dalaman ini telah diraikan oleh staf SAR yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Cik Haslina binti Othman, Pn. Haslina binti Hussin, Ketua Seksyen Repositori, dan Cik Hamizah binti Sumin, Pustakawan Kanan, Unit Pembangunan Arkib.


Sesi lawatan kerja ini merupakan jalinan sinergi dalaman di peringkat PTJ untuk meningkatkan pemahaman serta kerjasama antara ketua PTJ untuk bersama-sama dengan JPUTM dalam usaha pembangunan dan penyimpanan bahan arkib UTM. Ia juga telah membuka peluang yang lebih luas kepada JPUTM untuk menyebarluas peranan SAR untuk memelihara warisan ilmu pengetahuan UTM melalui sumbangan daripada setiap PTJ ke arah pembangunan koleksi bahan arkib UTM secara kolektif.

Intipati sesi taklimat ringkas oleh Cik Haslina binti Othman juga turut memperkenalkan inisiatif penghantaran dokumen format digital melalui sistem IKLAS, pendepositan bahan arkib format digital ke sistem reposiotri UTMIK serta pembangunan inisiatif Sains Terbuka (Open Science) oleh Jabatan Perpustakaan UTM di bawah kendalian SAR. Sesi soal jawab yang berlansung turut memberi impak positif yang merangsangkan kedua-dua belah pihak dalam usaha untuk menyebarluas kepentingan bahan arkib sebagai sumber rujukan utama kepada pengurusan dan kesinambungan pendokumentasian sejarah penting di UTM. Sesi lawatan ini diakhiri dengan lawatan ke bilik penyimpanan bahan arkib di Aras 3 yang telah memberi pengalaman baharu kepada staf BPO dan BPA mengenai pengurusan dan pemeliharaan bahan arkib UTM oleh JPUTM dan sesi penyerahan cenderamata oleh staf BPO dan BPA, Jabatan Pendaftar.