Program Read & Relax bagi siri 19/2020 Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) yang diadakan pada 17 Disember 2020 (Khamis) melalui Facebook Perpustakaan UTM menggunakan aplikasi Streamyard telah menjemput dua orang pengulas iaitu Cik Zetty Raihan Binti Mohd Yassin, Penolong Pendaftar Kanan, UTM International dan Encik Zaidi Bin Hj. Mohmod, Pegawai Tadbir, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).
Pengulas pertama, Cik Zetty Raihan Binti Mohd Yassin telah memilih buku bertajuk Discover Your Reason For Being Ikigai hasil karya Justyn Barnes. Menurut pengulas, Ikigai, discover your reason for being bermaksud mencari makna hidup. Buku ini adalah international bestseller yang menceritakan bahawa semua manusia mempunyai ikigai. Perkataan Japanese ini adalah bermaksud ‘a reason to live’ atau ‘a reason to jump out of bed in the morning’. Ini adalah tempat di mana keperluan, keinginan, cita-cita, dan kepuasan itu bertemu. Tempat keseimbangan. Sungguh hairan bahawa mencari ikigai anda berkait rapat dengan hidup yang lebih lama. Mencari ikigai lebih mudah daripada yang kita fikirkan. Buku ini akan membantu pembaca menyelesaikan apa sebenarnya ikigai dalam diri kita sendiri dan dapat membantu melengkapkan diri kita untuk mengubah hidup. Kita mempunyai tujuan di dunia ini: kemahiran, minat, keinginan dan sejarah anda menjadikan anda calon yang tepat untuk sesuatu. Yang mesti kita buat ialah mencarinya. Lakukan itu, dan kita dapat menjadikan setiap hari dalam hidup menggembirakan dan bermakna.
Menerusi pembacaan bahan ini, pengulas telah berjaya memperolehi ketenangan dan kebahagiaan yang beliau ingini. Bahan ini membantu pengulas mencari makna hidup dan dapat mengeluarkan potensi diri. Di dalam budaya masyarakat Japun, cara untuk mendapatkan Ikigai adalah melalui beberapa syarat. Contoh, sentiasa melakukan perkara yang kita sukai dan jangan pernah berhenti, perlu sentiasa bersifat tenang, mengejar kualiti berbanding kuantiti, berbuat baik sesame manusia, bertanggungjawab pada diri sendir, sentiasa senyum, bersahabat dengan alam dan banyak lagi.
Pengulas kedua, Encik Zaidi Bin Hj. Mohmod mengulas buku bertajuk I’m a Backpacker: Turkey yang ditulis oleh Shafiq Shafie. Menurut pengulas, buku ini banyak menceritakan tentang sejarah negara Turkey yang terbahagi kepada dua zon, Asia dan Eropah juga di situlah berlakunya pertembungan antara dua budaya. Untuk melihat sendiri tinggalan sejarah Rom? Byzantine? Ataupun Empayar Uthmaniyah? kunjungilah Turkey. Penceritaan mengenai sejarah negera Turkey ini jugalah yang telah menambat hati pengulas untuk mengunjunginya dan merasai sendiri pengalaman yang boleh dikongsi bersama.
Buku ini juga mengandungi panduan serta tips bagaimana untuk mendapatkan pengurusan penginapan/hotel ketika berada di tempat yang kita kunjungi, pengurusan passport, pembelian barang keperluan dan makanan, Masyarakat Turkey juga mengamalkan budaya makanan yang sihat dan penjagaan kesihatan. Negara Turkey juga lebih mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan secara menyeluruh manakala bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua. Pengulas juga mencadangkan Malaysia pun boleh berbuat demikian memertabatkan bahasa kebangsaan. Menyentuh mengenai agama pula di Turkey, setiap 1 kilometer akan terdapat masjid (Chami/Jamek) bagi memudahkan penganut beragama Islam menunaikan ibadah dengan selesa. Pengulas juga menasihatkan pelancong yang ingin mengunjungi Turkey hendaklah juga membuat persediaan dari segi bahasa pertuturan, matawang serta keperluan tambahan lain.