Unit Koleksi Khas (UKK) telah memulakan usaha pendigitalan bahan fotograf koleksi khas (FTG) bagi menyediakan akses yang lebih meluas kepada semua pengguna Perpustakaan UTM. Sehingga tahun 2020, sebanyak 705 rekod bagi FTG yang telah didigitalkan berjaya didepositkan ke dalam Document Management System (DMS) Perpustakaan UTM. Pengguna boleh membuat pencarian FTG dalam DMS dan melihat sampel gambar (bersaiz 800 X 600 piksel). Permohonan untuk mendapatkan salinan atau melihat gambar asal FTG boleh dibuat menerusi emel kepada Encik Abas bin Rahmat, Pustakawan Unit Koleksi Khas (abasrahmat@utm.my).
Proses pendigitalan FTG bermula dengan pemilihan gambar oleh staf UKK yang akan membuat indeks FTG untuk DMS. Gambar kemudiannya akan diimbas, disunting & ditanda dengan “watermark” khas sebelum proses seterusnya iaitu pendepositan ke dalam DMS. Dengan menyediakan FTG secara digital, adalah diharapkan komuniti UTM dapat mengakses koleksi gambar yang mempunyai pelbagai tema, momen dan era dengan lebih mudah dan cepat. Koleksi FTG terutamanya yang bernilai sejarah dan nadir (rare collections) boleh digunakan sebagai gambar latar atau hiasan bagi karya seperti penulisan, kolaj foto dan sebagainya.