Seksyen Pembangunan Sumber & Katalog (SBK), Bahagian Perancangan & Pembangunan Jabatan Perpustakaan UTM  menyokong proses pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan di UTM melalui penyediaan sumber rujukan yang diperlukan oleh warga universiti.

Unit Jurnal & Media Elektronik (UJM) adalah salah satu Unit di SBK yang bertanggungjawab dalam membuat perolehan, langganan dan pembaharuan jurnal bercetak, jurnal elektronik serta bahan media elektronik seperti pangkalan data atas talian teks penuh, pangkalan data sitasi dan buku elektronik.

Perolehan sumber rujukan media elektronik ini, khususnya langganan pangkalan data teks penuh melibatkan kos yang tinggi. Maka perolehannya adalah mengikut prosedur serta pekeliling terkini UTM serta Kementerian Kewangan Malaysia. Proses perolehannya perlu mendapat kelulusan melalui memorandum perolehan baharu dan pembaharuan langganan yang disediakan oleh UJM daripada beberapa peringkat Jawatankuasa Perolehan dengan nilai kelulusan seperti berikut:

  1. Kelulusan Ketua Pustakawan – sehingga RM20,000.00
  2. Jawatankuasa Sebutharga Perpustakaan – RM20,000.00 – kurang RM50,000.00
  3. Jawatankuasa Sebutharga Universiti – RM50,000.00 – kurang RM500,000.00
  4. Lembaga Perolehan Universiti – RM500,000.00 dan lebih

Pemilihan judul pangkalan data adalah bergantung kepada cadangan staf akademik UTM. Perpustakaan telah melanggan sebanyak 13 pangkalan data yang terdiri daripada :-

  • ACM
  • ASME
  • Eikon
  • Emerald eJournals Premier
  • Engineering and Applied Science
  • IEEEXplore Digital Library
  • JSTOR
  • Lexis Malaysia
  • OnePetro
  • Proquest Dissertations and Thesis Global
  • ScienceDirect
  • Springerlink
  • Web of Science

Dar AlMandumah adalah merupakan judul pangkalan data terbaharu yang dilanggan oleh Jabatan Perpustakaan hasil daripada cadangan pensyarah Akademi Tamadun Islam (ATI), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UTM. Ia merupakan sebuah pangkalan data Islamic Info dan Mandumah Dissertation dalam bahasa Arab.

Selain pangkalan data langganan UTM,  warga UTM turut dapat mengakses dua pangkalan data yang dilanggan oleh Bahagian Sitasi dan Infometrik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi kegunaan semua Universiti Awam di Malaysia iaitu:-

  • SCOPUS
  • Emerald Management eJournals

Selain pangkalan data, terdapat sejumlah 11 judul jurnal elektronik yang dilanggan oleh Perpustakaan UTM iaitu :-

  • Canadian Geotechnical Journal
  • Chemistry Letters
  • Current Nanoscience
  • Current Computer – Aided Drug Design
  • International Journal of Chemical Reactor Engineering
  • JAMA: Journal of the American Medical Association
  • Journal of Geology
  • The Mathematics of Computations
  • Nature
  • Science
  • Water Resources Research.

Pandemik Covid -19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya. Bagi menyokong keperluan tersebut, Perpustakaan UTM telah memperkasa sumber buku elektronik dengan menambah pembelian sejumlah 315 judul buku elektronik pada tahun 2020.

Jumlah peruntukan yang diterima oleh Perpustakaan UTM bagi perolehan bahan media elektronik adalah terhad. Justeru, semua cadangan perolehan yang diterima akan diperhalusi berdasarkan peruntukan sedia ada. Keputusan pembaharuan pangkalan data tahunan dilaksanakan dengan menilai kos efektif iaitu jumlah penggunaan dan harga pangkalan data yang ditawarkan oleh pembekal.

Share this :