Seiring dengan matlamat #malaysiamembaca program Read & Relax Siri 1 membuka tirai program Perpustakaan UTM bagi 2019. Program ini diadakan pada 10 Januari, Khamis jam 2.30 hingga 3.30 petang, di Ruang Read & Relax, Aras 3. Moderator untuk Sesi Read & Relax pada kali ini ialah Pn Siti Nisrin Mohd Anis manakala Pn Norsyuhada Shafie sebagai pelapor.

Sesi ini menampilkan seramai empat (4) orang pengulas yang terdiri daripada staf UTM dan seorang mahasiswi UTM. Pengulas terdiri daripada  :-

Cik Haslina Othman berkongsi tentang buku yang bertajuk Cognitive Psychology

Cik Haslina Othman

Tajuk Buku : Cognitive Psychology

Buku ini mengandungi 13 chapter di mana setiap topik akan diberikan sebuah case study untuk dibuat perbincangan. Perkara yang menarik minat pengulas adalah buku ini membincangkan proses minda seseorang berfikir lalu menghasilkan tingkah laku seterusnya mendorong ke arah membuat dan mempertimbangkan keputusan. Selain itu, buku ini juga berkisar tentang kepelbagaian maklumat (sinonim dengan perpustakaan) skunder dan tacit knowledge.

En. Mohamad Syafiq Salamat berkongsi tentang buku Yang bertajuk Study Guide For The New Trading For A Living

En Mohamad Shafiq Salamat  

Tajuk Buku : Study Guide For The New Trading For A Living

Bagaimana seseorang pelabur mengawal emosi dalam berdepan dengan situasi untung atau rugi dalam  dunia pelaburan. Pengalaman penulis berdepan dengan pelbagai kesusahan dan halangan sebelum menjadi pelabur yang berjaya. Ilmu pelaburan adalah sebahagian daripada ilmu sains dan seni yang bergabung antara satu sama lain. Semakin banyak ilmu pelaburan yang kita pelajari semakin meningkat peratusan mereka untuk menjadi pelabur yang bijak dan berjaya.

Cik Sarah Imanina Abd Majid berkongsi tentang buku yang bertajuk Harry Potter And The Sorcerer’s Of Stone

Cik Sarah Imanina Abd Majid

Tajuk Buku : Harry Porter And The Corcerer’S Of Stone

Mengisahkan pengembaraan kanak-kanak bernama Harry yang baru mengetahui kelebihan beliau mempunyai ilmu sihir dimana selama ini dirahsiakan oleh bapa dan emak saudaranya yang tidak menyukai tukang sihir. Harry kemudiaanya di bawa bersekolah di Hogwarts; sekolah yang menempatkan semua ahli sihir kanak-kanak. Pengembaraan Harry dan sahabat baiknya bermula di Hogwarts dimana mereka perlu menyelamatkan batu sakti daripada dirampas oleh kuasa jahat. Batu sakti ini mempunyai azimat yang membuatkan pemiliknya memperoleh umur yang panjang.

En. MAsnawi Miskam berkongsi tentang buku yang bertajuk Ulu Yam Di Liverpool

En. Masnawi Miskam

Tajuk Buku : Ulu Yam Di Liverpool

Menelusuri kisah penulis menggapai impian di bumi Liverpool, kesusahan dan rintangan yang dialami menjadikan penulis lebih tabah sebagai seorang anak melayu perantau yang berjaya di bumi asing. Beliau membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu merupakan anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Beliau ketika ini merupakan pensyarah di sebuah university di Liverpool. Selain itu, pengulas tertarik untuk dijadikan koleksi peribadi adalah kerana terdapat satu bab di dalam buku ini, bab 5  bertemakan falsafah UTM : Kerana Tuhan untuk Manusia.

Disediakan oleh Pn Siti Nisrin Mohd Anis

 

 

Share this :