Bengkel ini telah diadakan pada 16 & 17 Januari 2019 bertempat di Makmal Pencarian Maklumat, Aras 4,Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru. Fasilitator terdiri daripada Pn. Norhafisah Zakaria dan pegawai Bahagian Automasi. Peserta yang terlibat adalah daripada Bahagian Automasi, Bahagian Pengurusan Koleksi & Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Penyelidikan dan Sirkulasi Perpustakaan UTM.

Tujuan utama bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada staf mengenai sistem KOHA. KOHA adalah sistem perpustakaan bersepadu yang digunakan secara meluas oleh perpustakaan akademik, awam, khusus dan sekolah. Modul-modul yang terdapat dalam sistem berkenaan diintegrasi antara satu sama lain bagi mewujudkan aliran tugas yang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selain itu, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengenalpasti dan membantu Bahagian Automasi untuk melengkapkan beberapa penentuan parameter bagi modul sirkulasi dan sistem dendaan.

Disediakan oleh Pn Norhafisah Zakaria

Share this :