.

Pada 12 Februari 2019, sebuah program Bicara Karya daripada sebuah buku yang bertajuk Almarhum Sultan Ismail Johor, 1894-1941 telah diadakan di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UTM Johor Bahru. Buku ini merupakan hasil karya En. Ahmad Fadhli Syed Hassan, Pegawai Penerbitan, Pejabat Penerbit UTM. Beliau telah dijemput sebagai panel utama di dalam sesi ini yang dikendalikan oleh moderator PM Dr. Kassim Thukiman, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan.


En. Ahmad Fadhli telah berkongsi kisah bagaimana terhasilnya karya Di Raja ini dan menerangkan sumber-sumber foto yang terdapat di dalam naskhah tersebut. Ternyata bukan perkara yang mudah untuk mengumpulkan bahan-bahan ini disamping perlu menjaga tatacara penulisan sebuah keluarga Di Raja. Ditambah lagi dengan pengisian daripada PM Dr. Kassim Thukiman yang sememangnya tidak asing lagi dalam sejarah Johor, menjadikan sesi ini sarat dengan ilmu sejarah yang bermanfaat

Disediakan oleh Pn Norashikin Johari

Share this :