PM Dr. Mohd Zarhamdy Bin Md Zain dilahirkan di Kangar Perlis. Beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UTM pada thn 1999 dan seterusnya memperolehi Sarjana dalam bidang Automatic Control Systems dari University of Sheffield United Kingdom pada tahun 2002. Seterusnya beliau menyambung pengajian Doktor Falsafah di universiti yg sama dalam bidang control system dan tamat pengajian pada tahun 2006.

Idea untuk mencipta E-Braille Al-Quran tercetus selepas PM Dr. Mohd Zarhamdy dari Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan melihat program televisyen berkenaan keperluan orang kurang upaya penglihatan. E-Braille adalah Al-Quran elektronik pertama di dunia dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada golongan cacat penglihatan mempelajari al-Quran. Ia mempunyai pelbagai kelebihan berbanding Al-Quran Braille biasa kerana lebih ringan, mudah dibawa, tulisannya lebih jelas dan paling istimewa, mempunyai sistem audio yang membolehkan mereka mendengar bacaan bertajwid. Sehingga kini terdapat 7 pusat pembelajaran telah menggunakan panel ini dalam pembelajaran Al-Quran Braille. Sejumlah 73 unit panel E-Braille Al Quran telah dihasilkan sehingga kini. Panel E-Braille ini mempunyai dua mode iaitu mode individu dan mode pengajaran untuk kumpulan 30 – 40 orang.

 

Kompas Solat (QFinder) dihasilkan untuk membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan untuk mengesan arah kiblat. Ia direka menggunakan kompas dan sensor yang akan berbunyi bila berjaya mengesan arah kiblat yang tepat. Kompas ini dijual dengan harga RM25 beserta bateri. Sejumlah 400 unit telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Seterusnya CFinder atau alat pengenal warna direka khusus untuk membantu orang kurang upaya penglihatan untuk mengetahui warna sesuatu barang. Alat tersebut akan memberitahu warna barang tersebut apabila sensor diarahkan kepadanya.

Diesediakan oleh Pn Siti Nisrin Mohd Anis

Share this :