Program anjuran Perpustakaan UTM dengan membawa tajuk Meraikan Kepelbagaian: Perspektif Masyarakat Cina. Ini merupakan satu sesi perkongsian ilmu telah diadakan di Bilik Seminar 3, Aras 4 Perpustakaan Sultanah Zanariah pada 4 Mac 2019, Isnin bermula jam 2.30 petang yang mengupas tentang kepelbagaian perkara dari pandangan dan pendapat orang Cina.

Panel pertama iaitu PM. Dr. Kassim Thukiman dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan telah membentangkan hasil penulisan ilmiahnya berkaitan dengan masyarakat cina dalam pelbagai perspektif, manakala panel kedua pula iaitu Dr. Mohd Azhar Abd Hamid yang juga pensyarah dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan telah membentangkan tentang pengalaman pembelajaran transformatif dalam kalangan individu cina muslim.

Menariknya pada perkongsian ini, perpustakaan telah menjemput Dr. Jaysuman Pusppanathan selaku moderator bagi menghidupkan lagi majlis ini. Beliau merupakan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan yang mempunyai darah campuran Cina dan India, malah beliau juga merupakan individu muslim.
Sesi ini memberi banyak ilmu dan manfaat kepada semua terutamanya dalam soal kehidupan pelbagai kaum di Malaysia serta penerimaan dan penghijrahan kepada Islam.

Disediakan oleh Pn Norashikin Johari

Share this :