Perpustakaan UTM dengan kerjasama Pejabat Penerbit UTM telah menganjurkan sesi Bicara Karya bertajuk Syahidnya Kapten Luis De Souza. Sesi ini telah dijalankan pada 26 Mei 2019 (Khamis) dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Seminar 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Penyampaian Cenderahati oleh Ketua Pustakawan UTM kepada Penceramah

Buku ini adalah hasil karya Prof. Dr. Amran Md. Rasli. Beliau merupakan staf akademik daripada Azman Hashim International Business School (AHIBS) yang dipinjamkan ke Sumait University, Zanzibar, Tanzania sebagai Naib Canselor.

Buku ini merupakan buku sejarah yang digarap dalam genre fiksyen yang diterbitkan oleh Penerbit UTM Press.

Penulis Buku Syahidnya Kapten Luis De Souza Oleh Prof. Dr. Amran Md Rasli

Pada sesi ini juga, pihak Penerbit UTM telah membuka ruang jualan buku karya Prof. Dr. Amran dengan diskaun sebanyak 30%. Para pembeli boleh mendapatkan tandatangan peribadi daripada Prof. Dr. Amran sejurus tamat sesi bicara karya.

Pembeli juga berpeluang untuk menerima tandangan dari Penulis buku Syahidnya Kapten Luis De Souza’ Oleh Prof. Dr. Amran Md Rasli.

Disediakan oleh: Pn Norashikin Johari

Share this :