Sesi Read & Relax Siri 12/2019 telah diadakan di Read & Relax Corner, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah pada 25 Julai 2019, Khamis jam 11.45 pagi. Pada sesi kali ini, tiga (3) orang pengulas telah membuat perkongsian tentang bacaan masing-masing.

Dr. Zulkifli Hamisan@Khair mengulas buku bertajuk Zulkifli Dalam Kenangan

Pengulas berkongsi sebuah buku koleksi nadir (lama) biografi yang menceritakan pengalaman hidup Prof. Zulkifli Muhammad yang merupakan seorang tokoh pendidikan dan sastera melayu yang kurang dikenali oleh masyarakat. Beliau merupakan seorang pemidato yang hebat dan juga seorang ahli politik yang disegani. Beliau juga pernah menjadi setiausaha parti UMNO yang termuda, dilantik di usia 27 tahun. Seorang pemimpin politik yang begitu berani dan tegas memperjuangkan isu dan kemiskinan rakyat Palestin juga penindasan yang dilakukan oleh Israel pada zaman kepimpinan beliau.

En. Akmal Alif Amran mengulas buku bertajuk Filem Melayu – Jalan Ampas ke Ulu Klang

Pengulas tertarik untuk membaca buku ini kerana penulisnya ialah Allahyarham Salleh Ghani yang merupakan seorang pengarah tersohor. Buku ini membincangkan mengenai perkembangan industri filem tempatan dan ianya sesuai dijadikan sumber rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh para penyelidik perfileman serta para ilmuan pada masa akan datang.

En. Ganesan A/L Andimuthu mengulas buku bertajuk Golf Bukan Sukan Persaingan

Kisah sebenar yang diceritakan berdasarkan kepada minat dan pengalaman beliau selaku pemain golf professional. Perkongsian yang menarik mengenai sukan golf seperti aksesori yang digunakan, peraturan dalam permainan golf dan cara mengawal emosi. Pengulas juga menyatakan antara sikap positif yang boleh di ambil dari permainan golf adalah seperti sikap jujur, membina keyakinan diri dan ketepatan masa.

Share this :