Perpustakaan UTM telah menganjurkan program K-Sharing pada 21 Mei 2019, bertempat di Bilik Seminar 3, PSZ bermula 9 pagi. Penceramah adalah daripada kalangan Pustakawan yang telah menghadiri kursus luar iaitu En. Mohd Syafiq Firdaus Bin Mohd Nazir, En. Mohamad Syafiq Bin Salamat dan En. Razib bin Karno.

Penceramah pertama, En. Mohd Syafiq Firdaus Bin Mohd Nazir telah berkongsi maklumat berkenaan Knowledge Management (KM) dan sistem aplikasi Mobile Apps Uniquizz yang telah dihadiri pada 25 Mac 2019 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Perkongsian beliau adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai Micro Learning Technique yang menggunakan mobile applications. Para peserta diberi pendedahan mengenai fungsi Uniquizz sebagai platform pembelajaran yang efektif sejajar dengan inisiatif IR 4.0. Kursus dimulakan dengan pengenalan kepada KM diikuti sesi tutorial penggunaan Uniquizz  oleh pihak K-Connect. Sesi diakhiri dengan aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan perlu membuat analisis SWOT dan membentangkan hasil perbincangan masing-masing.

Manakala  penceramah kedua, En. Mohamad Syafiq Bin Salamat telah membentangkan perkongsian khas mengenai Kursus Pemantapan Pengurusan Endowmen @ Wakaf 2019 Peringkat Kebangsaan yang telah dihadiri oleh beliau di Grand Petra, Royal Widad Residensi @ UTM Kuala Lumpur pada 22 – 23 April 2019. Perkongsian  ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kaedah mengurus dan mengembangkan dana sumbangan yang diterima dengan lebih baik dan berkesan. Sesi ini juga menyentuh tentang manfaat sumbangan serta kaedah penyaluran sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Encik Razib bin Karno pula selaku penceramah terakhir berkongsi tentang Vufind.  Vufind adalah enjin carian bahan perpustakaan daripada sumber terbuka  yang membolehkan pengguna melakukan carian melangkaui laman OPAC perpustakaan yang sedia ada. Ianya lebih mesra pengguna dengan memiliki ciri-ciri sepertimana carian Google. Ianya telah dibangunkan oleh pakar komputer dari Universiti Villanova hasil cetusan idea pustakawan yang memerlukan satu kaedah pencarian sehenti bagi semua pangkalan data yang berbeza platform.

Pencarian bahan melalui OPAC perpustakaan telah dilihat sebagai agak tradisional. Ledakan teknologi maklumat dunia telah menyaksikan perkembangan pesat sumber maklumat elektronik dalam pelbagai bentuk seperti pangkalan data, sistem perpustakaan berintegrasi, bahan institusi, google, amazon dan lain-lain. Walau bagaimanapun sumber elektronik ini mempunyai laman web masing-masing dan berdiri dengan sendiri. Justeru ianya menyukarkan proses pencarian dan pengesanan maklumat.

VuFind merupakan satu aplikasi yang dapat berfungsi sebagai platfom pencarian sehenti yang sistematik. Pencarian maklumat menggunakan aplikasi  ini dapat menghasilkan penemuan metadata penuh dan juga kandungan maklumat yang lengkap. Ianya berupaya dijadikan sebagai enjin pencarian hadapan yang cekap, jimat dan berkesan berbanding aplikasi berbayar  yang lain. Hasil daripada  maklumbalas pengguna, didapati kaedah pencarian sehenti ini memberi impak yang berkesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

Lawati Laman web pencarian ini di http://libmast.utm.my.

Berikut adalah contoh paparan Vufind yang diberikan oleh En. Razib.

Grfik 1:Paparan hadapan pencarian

Grafik 2:Paparan pencarian vufind

Grafik 3: paparan metadata pencarian

Disediakan oleh En. Mohd Razib Karno, En. Mohamad Syafiq Salamat dan En. Mohd Syafiq Firdaus Mohd Nazir.

Share this :