Perpustakaan UTM telah menerima lawatan daripada Kelab Wanderers Perpustakaan Politeknik Kuching, Sarawak pada 28 Ogos 2019. Seramai 22 orang pelawat yang terdiri daripada 20 ahli persatuan Kelab dan dua (2) pegawai pengiring terlibat dalam sesi lawatan ini.

Taklimat ringkas telah diberikan oleh Puan Nor Aishah P. Mosar, Pustakawan Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan, Perpustakaan UTM. Antara isi kandungan taklimat adalah berkisar perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan UTM kepada penggunanya. Bagi memeriahkan suasana dan menguji pemahaman peserta, satu kuiz atas talian ‘Kahoot’ telah dijalankan dan telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh peserta. Saguhati diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Seterusnya, En Akmal Alif Amran dan Puan Norizan Yunos telah mengiringi Ahli Persatuan Kelab Wanderers  menelusuri kawasan umum Perpustakaan UTM. Selain itu, pelawat tidak melepaskan peluang ke Galeri Perpustakaan UTM yang dipandu oleh En. Khalid Hj Jaafar. Sebelum mengakhiri sesi lawatan ini, para pelawat dibawa untuk mengunjungi tapak Pameran Sempena bulan Kemerdekaan yang di adakan di Ruang Lestari, Aras 3 yang bertemakan “National Archetectural Identity: Witness to Malaysian History”.

Artikel disediakan oleh Puan Nor Aishah P. Mosar

Share this :