Pada 19 September 2019 (Khamis) telah diadakan Bengkel Penulisan Kertas Kerja Bagi Staf Pelaksana Jabatan Perpustakaan UTM – Siri II di Bilik Seminar 3, Aras 4, Jabatan Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah), UTM Johor Bahru.  Bengkel yang telah dihadiri oleh bakal peserta Seminar Transformasi Sinergi Staf Pelaksana Jabatan Perpustakaan UTM 2019 ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Penulisan Kertas Kerja Bagi Staf Pelaksana Jabatan Perpustakaan UTM terdahulu yang telah diadakan pada 22 Ogos 2019.  Tujuan utama bengkel ini adalah untuk melihat perkembangan penulisan kertas kerja setiap kumpulan dan penyediaan penulisan sehingga ke peringkat literature review.

Disediakan oleh Pn Norazalina A Samad.

 

 

Share this :