Program Siri Jelajah Read@Uni telah diadakan pada 2 Oktober 2019 (Rabu) di Lobi T08, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Ini merupakan salah satu inisitiaf Perpustakaan UTM membawa perkhidmatan perpustakaan seperti klinik RADIS, perundingan perkhidmatan, pendaftaran kelas perpustakaan, peminjaman dan pemulangan, serta kemaskini dan pendaftaran ahli perpustakaan kepada penggunanya di Fakulti. Selain itu juga, Perpustakaan mengambil peluang menggunakan platform ini untuk menyebar luas maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan terkini atau yang telah ditambah baik oleh Perpustakaan UTM.

Turut memeriahkan Siri Jelajah Read@Uni, Sesi Read Relax telah diadakan pada 11.30 pagi di lokasi yang sama melibatkan panel berikut:

Pengulas Pertama : PM Dr. Kassim Thukiman
Tajuk buku : Sejarah Johor

Pengulas Kedua: Dr. Zulkifli Hamisan @ Khair
Tajuk buku : Steve Jobs

Pengulas Ketiga : Puan Nor Qamariah Othman
Tajuk buku : Be Strong

Artikel disediakan oleh Pn. Syazwani Syamimi Mat Pauzi

Share this :