Program Siri Jelajah Read@Uni telah diteruskan lagi pada 9 Oktober 2019 (Rabu) yang lalu. Lokasi Jelajah Read@Uni kali ini adalah di Bilik Seminar 2, Blok C15, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Menerusi ruang sinergi, pihak Perpustakaan UTM dan Jawatankuasa Penerbitan Sekolah mengambil peluang untuk menganjurkan Program Publishing Your Research semasa Jelajah Read@Uni berlangsung. Oleh itu, para pelajar dan staf telah mula mendaftar sekitar jam 9.00 pagi bagi menghadiri publication talk oleh Prof. Dr. Zaidatun Tasir untuk slot pertama dengan tajuk Improving Paper Citation. Diikuti slot seterusnya oleh Puan Syahranah A. Raqi dengan tajuk Choosing Where to Publish.

Sebagai menjayakan dan memenuhi matlamat program, aktiviti lain yang turut diadakan adalah seperti perundingan berkaitan RADIS, penggunaan pangkalan data atas talian, pendaftaran kelas kemahiran perpustakaan dan peminjaman serta pemulangan buku. Program sinergi ini mendapat komen yang positif dan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Artikel disediakan oleh Pn Syazwani Syamimi Mat Pauzi

 

 

Share this :