MESYUARAT JAWATANKUASA KETUA PUSTAKAWAN (JKP) UNIVERSITI AWAM DI PERPUSTAKAAN RAJA ZARITH SOFIAH, PEPRUSTAKAAN UTM.

Mesyuarat Jawatankuasa Ketua Pustakawan (JKP) Universiti Awam Bil. 04/2019 telah diadakan pada 7 Oktober 2019 di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ts. Noor Hidayat bin Adnan, Ketua Pustakawan UiTM dan dihadiri oleh 19 orang Ketua Pustakawan Universiti Awam yang lain.

Bilik Mesyuarat Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

 

Mesyuarat yang diadakan sebanyak empat kali setahun ini membincangkan agenda yang merangkumi hal ehwal :

  1. Pengurusan JKP
  2. Pembangunan Bahan Rujukan,
  3. Perkhidmatan Perpustakaan,
  4. Pengurusan ICT Perpustakaan,
  5. Repositori Institusi Universiti,
  6. Rekod, Arkib & Muzium Universiti dan
  7. Kumpulan Fokus Khas (KFK)

 

Pada hari berikutnya, Bengkel Pemurnian Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam telah diadakan di perpustakaan yang sama. Bengkel ini merupakan bengkel kedua yang dianjurkan oleh JKP selepas ia diadakan pada 25-27 Mac 2019 di Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

 

Ketua Pustakawan UTM, Puan Noraziah Sharuddin sedang membuat pembentangan

 

Hasil bengkel ini, Perpustakaan Universiti Awam telah meletakkan empat teras utama hala tuju perpustakaan bermula dari tahun 2020 hingga 2025 iaitu:

  1. Smart Community
  2. Smart Ecosystem
  3. Smart Technology
  4. Smart Platform

Sebanyak 26 inisiatif telah dipilih bagi menyokong empat teras utama tersebut dan diseragamkan untuk 20 buah perpustakaan universiti awam di Malaysia.

 

Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail menerangkan sesuatu berkenaan gambar pemandangan UTM kepada Ts. Noor Hidayat bin Adnan, Ketua Pustakawan UiTM

 

Program ini turut dimeriahkan dengan pameran LensaDNAUTM oleh Kelab Foto Staf UTM dan pameran Refleksi Dari 7 benua  oleh Prof Dr Nordin Yahaya, Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Sesi bergambar ahli mesyuarat JKP bersama pengurusan UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail.

 

Turut hadir semasa sesi lawatan pameran dan sesi bergambar bersama pengurusan UTM adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail.

Mohd Fuad Bin Mohamed Yusof

Share this :