Jabatan Perpustakaan UTM telah mengadakan Bengkel Penulisan Kertas Kerja Bagi Staf Pelaksana pada Khamis, 22 Ogos 2019 bertempat di  Bilik Seminar 3, Aras 4, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah. Fasilitator program adalah Encik Mohd Razib bin Karno, Ketua Bahagian Automasi, Jabatan Perpustakaan UTM.

Bengkel separuh hari ini diadakan bersempena Seminar Transformasi Sinergi Staf Pelaksana Perpustakaan UTM 2019 yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.  Seramai 42 orang staf pelaksana yang terpilih sebagai peserta seminar telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta seminar kaedah penulisan kertas kerja penyelidikan dengan format yang tepat, sistematik dan standard.

Disediakan oleh Puan Norazalina A Samad.

Share this :