Perpustakaan Sultanah Zanariah telah menerima lawatan daripada APM Bomba Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato’ Sri Amar Diraja pada 19 September 2019 yang terdiri daripada 70 orang pelajar dan 8 orang guru.

Peserta lawatan diberikan penerangan mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan serta lawatan ke sekitar ruangan Perpustakaan dengan harapan ianya menjadi pembakar semangat kepada para peserta untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.

Peserta juga dibawa ke Galerium UTM bagi menerokai khazanah UTM yang masih tersimpan rapi dan dahulunya pernah digunakan untuk sesi pembelajaran, pengajaran dan pengoperasian. Lawatan yang bermula pada jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh Puan Nor Aishah P.Mosar.

Share this :