Perpustakaan UTM berbesar hati di atas inisiatif pensyarah Sekolah Kejuruteraan Kimia yang telah mengambil langkah proaktif membawa mahasiswa tahun 1 Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia melawat Perpustakaan Sultanah Zanariah pada 18 September 2019. Pihak perpustakaan telah mengambil peluang memberikan taklimat komprehensif kepada mahasiswa yang hadir. Taklimat telah dilaksanakan dalam dua kumpulan memandangkan jumlah pelajar yang ramai selain memberi peluang interaksi yang lebih berkesan. Pustakawan yang bertanggungjawab mengendalikan lawatan ini ialah Puan Nor Aishah P.Mosar dan Puan Norashikin Johari.

Taklimat lebih menjurus kepada perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan. Bersempena dengan minggu ‘Weeks of Welcome’, pelajar turut sama memeriahkan sesi kuiz menerusi aplikasii Kahoot!. Pemenang berpeluang menerima cenderahati menarik.

Lawatan berpandu turut dikendalikan oleh empat (4) orang Pembantu Perpustakaan dan diakhiri dengan lawatan ke Galeri Perpustakaan UTM.

Disediakan oleh Puan Nor Aishah P.Mosar.

Share this :