Sesi Read & Relax, Siri 14/2019 di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2019, Khamis di Ruang Foyer pada jam 2.30 petang. Sesi ini telah disertai oleh 2 orang pengulas yang terdiri daripada kalangan staf PRZS. Pengulas tersebut adalah En. Alias bin Ahmad dan En. Mohd. Fikri bin Ismail. Manakala rapportuer adalah En. Alias bin Ahmad.

Pengulas pertama iaitu En. Alias bin Ahmad mengulas sebuah buku bertajuk Bilal bin Rabah. Bilal bin Rabah  di lahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 sebelum hijrah dan menjadi sahabat Rasulullah SAW serta juru azan yang tersanjung. Beliau melalui perit dan getir serta penderitaan dalam memperjuangkan Islam, di jemur di padang pasir yang membara, ditindih dadanya dengan batu yang keras, namun imannya semakin kukuh dan jiwanya semakin kental. Bibirnya tetap mengucapkan ‘ Allahu Ahad, Allahu Ahad.

Pengulas kedua iaitu En. Mohd. Fikri bin Ismail mengulas tentang sejarah memanah, teknik asas memanah, sukan – sukan yang berkaitan dengan memanah serta penerangan mengenai sukan memanah.

Disediakan oleh CIk Nazrinda A.Samah.

Share this :