Program Book Review Siri 36 kali ini telah menampilkan dua orang penyampai iaitu Pn. Supiyati Binti Tamrin dan En Azrin Bin Ariffin untuk berkongsikan buku yang telah mereka baca dan fahami.

Pn. Supiyati Binti Tamrin mengulas buku bertajuk Henshin X’: 10 Langkah Efektif Hijrah

Buku yang dikongsikan oleh penyampai pertama iaitu Pn. Supiyati Binti Tamrin adalah bertajuk “’Henshin X’: 10 Langkah Efektif Hijrah” merupakan hasil karya dari Aiman Banna. Buku ini adalah panduan untuk melakukan penghijrahan yang lebih efektif kepada mereka yang baru ingin berhijrah kepada yang lebih baik. Henshin adalah bermaksud ‘berubah’ dalam bahasa Jepun. Penulis menekankan erti kenapa kita mahu berhijrah? Dan menginginkan pembaca untuk tetapkan ‘Big Why’ hidup di dunia, iaitu untuk mencari keredhaan Allah. Penyusunan strategi hijrah dengan betul melalui cara bergandingan atau berdamping dengan rakan-rakan yang soleh dan solehah selain terus istiqamah dalam berhijrah. Penulis menyatakan, jika ingin menjadi individu yang lebih baik, jangan bertangguh dalam berhijrah ke arah kebaikan. Sabar dan sentiasa menunaikan solat, kerana dugaan yang banyak adalah kunci untuk terus berhijrah.

En Azrin Bin Ariffin mengulas buku yang bertajuk OTEC Matters 2015

Penyampai yang kedua pula iaitu En Azrin Bin Ariffin telah berkongsi mengenai buku bertajuk “OTEC Matters 2015” yang merupakan hasil editor Petter Dessne dan Lars Golmen. Buku ini menceritakan mengenai Ocean Thermal Energy adalah antara salah satu tenaga yang boleh diperbaharui dan berasal dari lautan seperti ombak dan arus. Manakala OTEC pula adalah sumber tenaga haba yang berada di lautan. Buku ini menerangkan bagaimana OTEC dan tenaga lautan berfungsi secara asasnya.

#MalaysiaMembaca
#UTMMembaca
#UTMRead

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Binti Abdul Shukor.

Share this :