Pada bulan Oktober 2019, Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM JB telah menerima empat (4) kunjungan lawatan dari dalam negara yang terdiri daripada seramai 119 pelawat dan 1 kunjungan lawatan dari luar negara iaitu seramai 66 orang pelawat.

 

Lawatan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat

 

Lawatan dari UiTM Kampus Sarawak

Bagi kategori lawatan dalam negara ia terdiri daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat seramai 6 orang pelawat, UiTM Kampus Sarawak seramai 23 orang pelawat, Sekolah Kebangsaan Paya Redan, Pagoh seramai 44 orang pelawat, dan Sekolah Indonesia Johor Bahru seramai 46 pelawat. Manakala bagi kategori lawatan dari luar negara pula Perpustakaan menerima kunjungan daripada Universitas Bosowa, Makassar Indonesia iaitu seramai 66 orang pelawat.

Lawatan dari Sekolah Kebangsaan Paya Redan, Pagoh

 

Lawatan dari Sekolah Indonesia, Johor Bahru

 

Lawatan dari Universitas Bosowa, Makassar Indonesia

 

Kesemua pengunjung perpustakaan telah diberikan taklimat dan lawatan berpandu oleh pegawai yang bertugas mengendalikan lawatan daripada Bahagian Perkhidmatan Maklumat ke sekitar bangunan Perpustakaan menerangkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna Perpustakaan.

Para pelawat juga dibawa untuk mengunjungi Galerium Perpustakaan UTM yang menempatkan pelbagai peralatan dan perkakasan yang digunakan sejak awal penubuhan UTM dan mempelajari serba sedikit tentang sejarah UTM.

Artikel Disediakan oleh Nor Aishah Binti P Mosar

Share this :