Program Book Review Siri 37 kali ini memberi peluang dan ruang kepada dua orang penyampai iaitu Pn. Norfazliana Binti Jaafar dari Pejabat Naib Canselor dan Pn. Nurul Shimah Bte Shumsudin dari Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim untuk berkongsi buku bersama dengan staf lain.

Pn. Norfazliana Binti Jaafarmengulas buku bertajuk “How to Stop Worrying & Start Living”

Pn. Norfazliana Binti Jaafar telah berkongsi buku yang bertajuk “How to Stop Worrying & Start Living”, hasil penulisan Dale Carnegie. Buku bercorak motivasi ini memberi inspirasi kepada pembaca yang bimbang dalam meneruskan kehidupan akibat dari masalah yang mereka hadapi. Penulis memcadangkan agar setiap masalah itu dikenal pasti terlebih dahulu dan seterusnya mencari punca berlakunya masalah tersebut. Setelah itu, sertakan beberapa jalan penyelesaian dan akhir sekali, pilihlah jalan penyelesaian yang terbaik. Kesimpulannya, setiap pemasalahan itu mempunyai jalan penyelesaian, namun segala maklumat berkaitan punca dan jalan penyelesaian perlu dikumpul dan dikenal pasti terlebih dahulu.

Pn. Nurul Shimah Shumsudin mengulas buku bertajuk “Reclaim your Heart”

Penyampai yang kedua pula iaitu Pn. Nurul Shimah Bte Shumsudin telah berkongsi buku “Reclaim your Heart” yang ditulis oleh Yasmin Mogahed. Buku ini bukan sekadar buku motivasi diri, tetapi ianya adalah tentang hati yang terluka akibat dugaan dalam kehidupan dan sekaligus untuk menguatkan dan melepaskan hati dari segala kesakitan dan juga kekecewaan. Buku ini turut mengajar cara melepaskan diri akibat dari kehilangan, kesakitan, kegembiraan dan sekaligus memberi perspektif baru tentang cinta dan kasih sayang. Buku ini juga dapat membantu pembaca dari dibelenggu kesedihan dengan mencari kekuatan diri dan menjadikan diri adalah lebih baik dari sebelumnya. Kita perlulah sentiasa redha dengan apa yang diberikan oleh Allah dalam kehidupan ini dan jangan sering mengeluh yang akhirnya menyebabkan kita sendiri seakan telah dikawal oleh dunia dan lupa pada akhirat yang hakiki.

#MalaysiaMembaca
#UTMMembaca
#UTMRead

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain.

Share this :