Perkongsian buku oleh staf perpustakaan siri ke 3 ini, menyaksikan perkongsian dari pelajar praktikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah iaitu Sofia Afrina Binti Zainal Rashid. Penyampai telah memilih buku Mind Platter, penulis Najwa Zebian.

Puan Sofia Afrina Binti Zainal Rashid menyampaikan buku yang bertajuk “Mind Platter”

Di awal perkongsian ini, penyampai menceritakan serba sedikit latar belakang penulis agar semua hadirin berasa lebih dekat dengan penulis dan sekaligus menjiwai liku-liku yang telah dihadapi oleh penulis. Kelebihan penulis dalam bidang penulisan, menjadikan bonus baginya untuk menulis puisi-puisi tentangnya. Menurut beliau, penulis buku ini berasal dari Lebanon dan kemudiannya berpindah ke Kanada pada usia enam belas tahun. Keputusan untuk berpindah ke Kanada adalah atas dasar keselamatan . Akibat dari peristiwa itu, penulis telah memendam perasaan kecewa, sedih seorang diri ketika di Kanada.

Disebabkan itulah terbitnya buku ini kerana penulis beranggapan, segala perasaan itu perlu diluahkan melalui penulisan agar jiwanya berasa tenang. Dengan menulis buku ini juga, penulis dapat mengembalikan ingatannya kepada peristiwa pahit manis yang telah berlaku kepada dirinya. Buku Mind Platter ini merupakan rangkuman puisi-puisi yang menggambarkan perasaan penulis itu sendiri.

Terdapat 209 puisi di dalam buku ini dan kesemuanya mampu memberi motivasi kepada pembaca agar dapat bangkit dari perasaan kecewa, bersedih hati dan seterusnya mencapai kehidupan yang selesa dan harmoni.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor.

 

 

Share this :