Sesi perkongsian buku Staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur Siri 4/2020 telah diadakan pada 11 Mac 2020 di Wisdom Lounge, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.  Pengulas pada kali ini adalah Puan Shamsuraini Binti Shamsudin, Pembantu Pustakawan, dengan memilih buku bertajuk Genesis Metamorfosis hasil karya Shamiel Fikri. Di awal sesi perkongsian ini, pengulas menerangkan maksud genesis iaitu titik permulaan atau asal-usul sesuatu samada idea, tamadun dan lain-lain.

Manakala metamorfosis pula adalah perubahan dari segi fizikal, habitat dan tingkah laku seperti metamorfosis kupu-kupu bermula dari telur sehingga menjadi kupu-kupu dewasa. Menurut pengulas, penulis berjaya mempersembahkan nilai-nilai kebaikan dan pengajaran melalui penceritaan pengalaman dua sahabat iaitu Hassan dan Karim yang pergi mengembara.

Puan Shamsuraini Binti Shamsudin menyampaikan buku yang bertajuk Genesis Metamorfosis

Selain itu, penulis menerapkan nilai-nilai positif dengan menasihatkan para pembaca agar sentiasa membuat kebaikan dan perlu menjaga hubungan sesama manusia. Seperti di negara barat, konsep ‘neighbourhood principle’ telah diperkenalkan iaitu orang di sekeliling adalah tanggungjawab setiap individu.

Di akhir sesi perkongsian, pengulas berharap agar semua yang hadir dapat sedikit sebanyak mengambil iktibar dan panduan dari perkongsian ini dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni sesama manusia.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor.

 

 

 

Share this :