Program Book Review Siri 23 kali ini telah menjemput dua orang penyampai iaitu En. Muhammad Fadzly Bin Jamaludin dan juga Puan Nor Hasrina Binti Mohamad@Sulaiman untuk memberi sedikit perkongsian mengenai buku yang dipilih mereka untuk berkongsi bersama tetamu yang hadir pada program Book Review@UTMKL.

Penyampai pertama iaitu En. Muhammad Fadzly Bin Jamaludin berkongsi buku pilihan hati beliau yang bertajuk “Eat, Pray, Love karya penulisan Elizabeth Gilbert”. Buku ini merupakan kisah benar berdasarkan kehidupan penulis itu sendiri setelah penulis bercerai. Kisah duka akibat penceraian tersebut, telah mendorong sebuah syarikat menajanya untuk mengembara ketiga lokasi utama iaitu Itali, India dan Bali. buku ini menceritakan pengembaraan beliau dalam mencari jawapan dan penyelesaian dalam diri penulis tersebut. Di akhir pengembaraan ini, beliau telah berjaya memperolehi ketenangan dan jawapan dalam merungkai konflik serta permasalahan yang timbul di dalam dirinya.

Penyampai kedua pula iaitu Puan Nor Hasrina Binti Mohamad@Sulaiman. Beliau telah memilih buku yang bertajuk Interaksi Rasulullah Bersama Non-Muslim iaitu penulisan hebat dari Dr. Raghib Al-Sirjani. Buku ini memaparkan bagaimana Baginda Rasulullah SAW telah berinteraksi dengan masyarakat dan individu bukan Islam semasa hayat Baginda dan sahabat-sahabat Baginda R.A. Di dalam buku ini, penulis merungkaikan beberapa cara yang telah di praktikkan oleh Rasulullah SAW terhadap masyarakat Non-Muslim, antaranya Bersegeralah memohon ampun dan memaafkan orang lain. Perbezaan agama, cara hidup, dan muamalat adalah perkara yang perlu dianggap biasa oleh semua orang. Setiap orang perlu mencipta satu seni kepimpinan dengan menyebarkan kasih sayang, bukan dengan menjadi pemimpin yang digeruni. Seorang pemimpin hendaklah sentiasa bersifat adil walau dalam keadaan benci dengan memberi hak yang sama rata.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Abdul Shukor.

Share this :