Pada 18 Jun 2020, telah berlangsungnya Taklimat Mahasiswa Baharu yang diadakan secara langsung menerusi platform Webex seiring dengan norma baru ini. Seramai 320 orang pelajar telah berjaya mendaftar bagi program diploma UTM sesi 2020/2021. Moderator yang bertanggungjawab bagi taklimat adalah daripada Majlis Perwakilan Pelajar. Slot Jabatan Perpustakaan UTM telah disampaikan oleh Pn. Nurrull Huda Abdul Wahid, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.

Menerusi taklimat ini, pelajar diberi pendedahan secara menyeluruh mengenai Jabatan Perpustakaan UTM merangkumii perkhidmatan, kemudahan, koleksi, waktu operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan ketinggalan penggunaan portal perpustakaan bagi capaian maklumat dan permohonan bahan secara atas talian.

Semoga penerangan yang diberikan dapat dihayati dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para mahasiswa baharu dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan di UTM. Jabatan Perpustakaan UTM sentiasa mengalu-alukan mahasiswa dan sedia membantu demi masa depan anak bangsa yang cemerlang dan gemilang.

Artikel disediakan oleh Pn Aznurul Ain Abdul Shukor

Share this :