Program Book Review Siri 25 kali ini telah menjemput dua orang penyampai iaitu Pn. Nurul Ain Binti Mohd Yunos bersama En. Muhammad Faris Bin Mohd Alwi untuk berkongsi hasil pembacaan mereka.

Penyampai pertama adalah Pn. Nurul Ain Binti Mohd Yunos berkongsi buku yang berjudul “Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga” dan ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi. Buku ini adalah berkenaan kehidupan seharian kita yang perlu ada rasa cinta pada Allah dan manusia. Beliau menyampaikan tentang penggunaan “King Control” dan “Queen Control”, cinta perlulah diberi kebebasan, bila cintakan seseorang kita perlu beri mereka kebebasan dan tidak mengongkong mereka. Beliau juga menambah bahawa kita perlu memberi ruang dengan cara muhasabah diri, untuk perbaiki kesilapan diri serta perlu ada kesedaran. Sentiasa nikmati warna- warna cinta iaitu perlu bersedia menerima pasangan kita seadanya. Kerana pasangan adalah cerminan diri kita sendiri namun begitu, perlulah belajar cintakan Allah.

Penyampai yang kedua pula adalah En. Muhammad Faris Bin Mohd Alwi dengan menyampaikan buku yang telah beliau baca yang bertajuk “Hebatnya Kuasa Hafazan” hasil penulisan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Buku ini adalah tentang hafazan yang merupakan kaedah pembelajaran dan penyebaran ilmu sejak zaman Rasulullah s a.w. Antara kandungan yang beliau kongsikan bersama adalah, kelebihan hafazan, kehebatan hafazan para ulama terdahulu juga tip-tip yang membantu untuk memelihara ingatan. Beliau juga menambah bahawa waktu yang betul dan tempat yang sesuai dapat mempengaruhi cara menghafaz.

Disdiakan oleh Puan Aznurul Ain Abdul Shukor.

Share this :