Pihak Seksyen Galerium, Perpustakaan UTM telah menghantar dua orang staf yang terdiri daripada pustakawan dan pembantu pustakawan untuk menghadiri Bengkel Pemuliharaan Bahan Arkib pada 25 Februari – 1 Mac 2018 di Arkib Negara Malaysia, Negeri Johor.

Justeru, satu sesi perkongsian pengalaman kepada semua staf Perpustakaan UTM telah diadakan melalui slot K-Sharing pada 4 Julai 2018 . Antara pengalaman menarik yang dikongsi adalah proses pemuliharaan kertas secara teori dan praktikal berkaitan jenis kerosakan kertas, bahan dan peralatan yang digunakan serta teknik pemuliharaan kertas yang dipraktikkan oleh Arkib Negara.

Turut dikongsi adalah teknik merawat helaian kertas secara  tradisional dan proses pembaikan tisu. Ia merupakan salah satu teknik merawat helaian kertas yang reput dan berkulat akibat masalah keasidan yang sering berlaku kepada  bahan yang  terdedah  kepada persekitaran tanpa kawalan.

Bengkel ini secara keseluruhannya diharap dapat memberi  nilai tambah kepada Perpustakaan UTM untuk memelihara dan memulihara khazanah Perpustakaan yang tidak ternilai untuk tatapan generasi akan datang.

Contoh helaian mukasurat yang telah mereput

Staf Perpustakaan dan Staf pengurusan Arkib Negara Malaysia Negeri Johor

Disediakan oleh Encik Khalid bin Jaafar.

 

Share this :