Program perkongsian buku dalam kalangan staf perpustakaan diteruskan lagi pada 1 Julai 2020 (Rabu) di Wisdom Lounge, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Pengulas bagi siri 5/2020 adalah Puan Siti Liyana Binti Ab Rahman, Pembantu Pustakawan dengan memilih buku bertajuk ‘Kenapa Rezeki Tak Murah?’ yang ditulis oleh Nani Koraiza. Buku ini dipilih untuk dikongsikan kerana intipatinya yang sarat dengan panduan dan nasihat berkaitan rezeki. Jika sentiasa berasa keperluan atau kewangan tidak mencukupi, hendaklah semak semula hubungan dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah berhak untuk memberi dan menidakkan dalam permberian rezeki kepada hambaNya. Terdapat empat (4) perkara dalam hak Allah iaitu zikir, membaca Al-quran, sedekah dan solat.

Selain itu, penulis menyarankan supaya juga menyemak juga hubungan sesama insan iaitu ibu bapa, adik beradik dan orang lain. Antara tips yang dititipkan dalam buku ini supaya sentiasa murah rezeki adalah sentiasa membahagiakan ibu bapa, pasangan dan percaya bahawa anak adalah rezeki dan bukan beban. Selain itu, pupuk sikap positif dalam diri iaitu dengan bertegur sapa sesama kawan, jiran dan elakkan berdengki dan sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan.

Rezeki itu Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Oleh itu, bersihkan hati, diri dan sentiasa bersangka baik Penyampai turut menyarankan untuk kita mula berubah dan berdoa kepadaNYA dan memulakan langkah iaitu bertaubat atas dosa-dosa sebelum ini.

Artikel disediakan oleh Puan Aznurul Ain Binti Abdul Shukor

Share this :