Program Book Review @ UTMKL Siri 42 yang telah diadakan pada 12 Disember 2019 (Khamis), jam 8.30 pagi bertempat di Perpustakaan Menara Razak, UTMKL menampilkan dua orang pengulas iaitu En. Nabil Hazwan B Muhamad Hasim, Pegawai Belia dan Sukan, Unit Sukan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTMKL dan En. Muhd Zairulhisham B Zainudin, Penolong Pegawai Tadbir,Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTMKL.

En. Nabil Hazwan B Muhamad Hasim mengulas buku bertajuk ‘Imagery In Sport’

Pengulas pertama iaitu En. Nabil Hazwan B Muhamad Hasim telah mengulas buku bertajuk ‘Imagery In Sport’ yang ditulis oleh Tony Morris, Michael Spittle & Anthony P. Watt. Buku ini berkisar latihan minda yang memerlukan ketenangan dan kesabaran individu berkenaan. Antara waktu ideal untuk menjalankan latihan minda adalah sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Menariknya mengenai imagery adalah latihan minda yang boleh dijalankan dimana-mana dan pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, imagery akan gagal sekiranya individu membayangkan kegagalan atau badan berada dalam keadaan keletihan. Terdapat dua (2) jenis imagery iaitu internal & external imagery. Persamaan kedua-dua jenis imagery dalam skop sukan ialah ianya boleh dilakukan samada sebelum bersukan dan ketika cedera.

En. Muhd Zairulhisham B Zainudin mengulas buku  bertajuk ‘Berjanji Dengan Jin’

Pengulas kedua iaitu En. Muhd Zairulhisham B Zainudin telah mengulas buku  bertajuk ‘Berjanji Dengan Jin’ hasil tulisan Saudara Ijam. Buku ini adalah merupakan daripada pengalaman penulis sendiri. Titik tolak kisah ini bermula apabila penulis memutuskan untuk menziarah nenek dan datuknya di kampung halaman yang tidak pernah dipertemukan oleh kedua ibu bapanya. Pelbagai pengalaman mistik yang telah dilalui penulis sepanjang berada dikampung dan secara tidak langsung memberi peringatan kepada penulis untuk sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan seperti tidak meninggalkan solat, kerap membaca Al-Quran demi mengguatkan keimanan dan sentiasa solat sunat tahajud. Di akhir perkongsian, pengulas membuat kesimpulan bahawa setiap hambaNya akan diuji dengan dugaan yang berbeza dan sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya serta berpegang teguh kepada ajaran islam walau apa jua cabaran yang mendatang.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain bt Abdul Shukor.

Share this :