Perkongsian buku siri yang ke-6 telah diadakan di Wisdom Lounge, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur pada 8 Julai 2020 menampilkan Encik Mohamad Alif bin Mohamad Desa, Pembantu Pustakawan dengan memilih buku bertajuk Agenda Yahudi Menakluki Dunia, karya Sabaruddin Hussein. Menurut beliau, buku ini  mengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluki dunia secara amat terancang. Matlamat utama adalah menubuhkan kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelusuk dunia bermula dengan penglibatan bangsa yahudi dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini.

Encik Mohamad Alif bin Mohamad Desa mengulas buku yang bertajuk Agenda Yahudi Menakluki Dunia.

Tambahnya lagi, penulis turut mengulas beberapa isu antaranya sejarah ringkas bangsa Yahudi, era baru bangsa Yahudi di Amerika Syarikat, pengaruh Yahudi di Amerika Syarikat, peristiwa-peristiwa penting seperti pembunuhan John F. Kennedy, perang Yon Kipur, perang Teluk Pertama 1991 dan perang Afganistan serta Peristiwa 11 September serta strategi bangsa Yahudi dalam menakluki dunia.

Buku ini memuatkan 24 Prokotol Yahudi yang menjadi panduan serta tindakan bangsa ini dalam merangka penubuhan sebuah “Kerajaan Yahudi Antarabangsa” termasuk peperangan, monopoli modal, rasuah dan salah urus tadbir, kelemahan dan manipulasi undang-undang serta banyak lagi.

Secara kesimpulan, pengulas berharap perkongsian daripada buku ini dapat memberi manfaat sekaligus menjadikan panduan untuk sentiasa berhati-hati dalam menjalani urusan hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor.

Share this :