Pada tahun 2020 ini, perpustakaan telah mengambil inisiatif dengan merancang aktiviti yang melibatkan semua staf sokongan iaitu Perkongsian Buku Staf Perpustakaan UTMKL. Untuk siri yang pertama ini dimulakan dengan pelajar praktikal dari UNISEL iaitu Raja Nur Shakira binti Raja Muhammad Muzammil. Beliau telah memilih buku yang bertajuk “How Will You Measure Your Life , penulis Clayton M. Christensen”.

Menurut penyampai, buku ini dipilih setelah mendapat pandangan dari rakan beliau dan setelah dibaca, ia adalah buku yang menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Buku ini dihasilkan oleh penulis untuk diilhamkan kepada diri sendiri juga orang di sekeliling. Buku yang penuh dengan motivasi diri ini terhasil apabila penulis melihat ramai rakan-rakan lamanya yang suatu ketika dulu berjaya dalam kerjaya, namun semakin hari semakin menemui kegagalan. Disebabkan situasi ini, penulis berpendapat perkongsian yang bermanfaat perlu dilakukan agar perkara sebegini dapat dielakkan. Maka tercetusnya idea penulis untuk berkongsi informasi yang bermanfaat melalui penulisan buku.

Dalam buku ini, penulis memperbanyakkan penulisannya berkaitan motivasi untuk diri sendiri, pasangan, anak dan keluarga. Menurut penulis, perancangan itu perlu sebelum melakukan apa jua pekerjaan secara terperinci untuk memastikan penghasilan yang baik. Selain itu, penulis turut mengatakan bahawa setiap pekerja perlu sentiasa dalam keadaan gembira dalam pekerjaan yang dilakukan untuk memastikan mutu penghasilan yang baik.
Menurut penyampai, buku ini dapat memberi beliau motivasi dan semangat dalam melakukan sesuatu tugasan selain beliau lebih praktikal untuk memulakan perancangan.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Binti Abdul Shukor.

Share this :