Program k-sharing “Swietenia Macrophylla @ Tunjuk Langit : Anugerah Alam Untuk Kesihatan Manusia” telah diadakan pada 6 Julai 2020 menerusi aplikasi webex dan ditonton secara lansung di Facebook Perpustakaan UTM. Panel jemputan adalah Prof. Madya. Dr. Liza binti Md. Salleh, Pensyarah Kanan, Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Universiti Teknologi Malaysia.

Panel berkongsi penyelidikan beliau menghasilkan kapsul dari biji buah tunjuk langit, Go Swiet tunjuk langit soft gel. Perkongsian ilmu bermula dengan melihat statistik semasa penyakit diabetes di mana dianggarkan 629 juta orang berpenyakit diabetes menjelang tahun 2045 yang mana negara Arab  mempunyai pesakit kencing manis tertinggi di Asia manakala Malaysia merupakan negara yang tertinggi di Asia Tenggara dalam peningkatan pesakit kencing manis.

Tumbuhan tunjuk langit turut digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti penyakit gout, kencing manis dan penyakit saraf. Minyak dari biji tunjuk langit mengandungi omega 3, omega 6, omega 9, unsaturated fat (80%) dan beta sitosterol. Omega 9 sangat baik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Bagi memudahkan pemgambilan, ekstrak buah tunjuk langit ini disediakan dalam bentuk soft gel kerana ianya mudah ditelan, kurang rasa pahit dan mudah dicerna.

Bahan aktif dalam soft gel ini mengandungi omega 6, omega 9 dan beta sitosterol. Di antara kelebihan soft gel buah tunjuk langit ini adalah mampu mengawal gula dan koleksterol dalam darah, melancar aliran darah, memberi tenaga, membantu dalam masalah prostat bagi lelaki, meningkatkan kualiti tidur, membaiki sel-sel rosak, melegakan sakit lutut dan sendi dan mempercepatkan penyembuhan luka. Produk soft gel tunjuk langit ini adalah gabungan minyak zaitun di mana khasiatnya yang sangat tinggi dan disebut di dalam Al-Quran.

Pencapaian tertinggi penyelidikan buah tunjuk langit adalah kumpulan penyelidik memenangi pingat emas di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2019 dan International Conference and Exposition on Inventions (PECIPTA) 2019.


Akhir kata, panel berkongsi testimoni daripada pengguna menunjukkan perubahan ketara setelah mengambil kapsul GoSwiet secara berterusan selama 4 bulan. Panel turut merasa syukur kerana keberkesanan yang positif kepada pengguna yang mengamalnya dengan dosage yang selamat.

Share this :