Untuk kesekian kalinya, program Book Review pada kali ini menjemput Puan Marlina Kasiman dan Puan Sharifah Fadzlina Helmy AlHusaini sebagai pengulas program  siri ke 7 pada 14 Mac 2019 di Perpustakaan Menara Razak.

Puan Marlina Kasiman mengulas buku bertajuk Ambil Tahu Sebelum Berlaku : Segalanya Tentang Kematian

Pengulas pertama iaitu Puan Marlina Kasiman mengulas buku bertajuk Ambil Tahu Sebelum Berlaku : Segalanya Tentang Kematian yang ditulis oleh Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak. Menurut Pn. Marlina, buku ini menceritakan tentang kematian dan menekankan aspek pengurusan jenazah hinggalah kepada proses pengurusan pengkebumian. Dalam buku ini juga ada memberitahu tentang tanda-tanda kematian Husnol Khatimah, adab melawat dan cara berdoa untuk orang yang sedang sakit, amalan-amalan sunah sebaik kematian, dan juga perkara yang bermanfaat kepada jenazah. Penulis turut memberi penerangan dengan jelas berkaitan pengurusan jenazah dan berharap dengan adanya buku ini, pembaca akan lebih mengingati tentang kematian berbanding hal keduniaan.

Puan Sharifah Fadzlina Helmy AlHusaini mengulas buku Women and Identity: Value Choices In A Changing World

Manakala penyampai kedua iaitu Puan Sharifah Fadzlina Helmy AlHusaini mengulas buku Women and Identity : Value Choices In A Changing World, penulis: C. Margaret Hall. Menurut pengulas terdapat lima (5) skop yang ditekankan dalam buku ini iaitu sifat keperibadian yang berbeza setiap wanita dengan wanita yang lainnya dan bagaimana untuk mengubah pegangan hidup kita (pegangan tradisi). Selain itu, buku ini turut menekankan komitmen terpenting yang dikatakan penulis iaitu diantara kerja dan juga keluarga dan sekaligus tidak menafikan keutamaan untuk diri sendiri. Kejayaan seseorang itu diukur berdasarkan kekuatan individu terbabit dan keperluan untuk hidup bermasyarakat kerana kita memerlukan individu lain untuk berurusan dalam perhubungan seharian dan sebagai manusia, kita bertanggungjawab kepada persekitaran kerana ia akan memberi impak samada baik atau tidak kepada individu lain bergantung kepada keadaan diri kita sendiri.

 

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor.

 

 

 

 

Share this :